Pages

Tuesday 13 September 2011

Cerita Gajah - Part 1

Ini ceritaku yang pertama iaitu mengenai GAJAH. Mungkin ramai yang pernah baca atau dengar mengenai cerita gajah dalam pelbagai version kerana ia merupakan antara kisah yang paling popular. Apa yang yang tersirat dalam cerita gajah ini yang menjadi sebab mengapa ia diketengahkan.

Alkisah suatu ketika dahulu ada 4 orang buta yang ingin sangat tahu mengenai Gajah. Jadi diadakan satu pertemuan untuk mengetahui bagaimanakah bentuk gajah yang sebenar.

Orang buta pertama mengambil giliran dengan memegang bahagian hadapan gajah. Beliau menyentuh dan meraba-raba bahagian depan gajah (belalai) itu beberapa kali dan tersenyum..

Giliran orang buta kedua pula untuk menyentuh dan memilih bahagian sisi depan gajah iaitu bahagian telinga gajah. Tersengih-sengih memikirkan tentang bentuk gajah tersebut..

Orang buta ketiga meluruh terus ke hadapan dan terlanggar bahagian tengah gajah. Hanya satu yang terlintas difikirannya iaitu keras dan ....

Giliran terakhir ialah orang buta keempat yang memilih belakang gajah iaitu bahagian kakinya. Dengan bersahaja dia menyentuh dan membayangkan bentuk gajah itu..

Kini masanya dipanggil keempat-empat orang buta menerangkan tentang gajah
Orang buta 1: "Gajah ini bentuknya panjang sama seperti ular"
Orang buta 2: Tidak!, gajah bentuk lebar,dan bergerak-gerak seperti kipas kiri dan kanan.
Orang buta 3: "semua tidak betul, gajah itu besar dan lebar dan keras seperti tembok, sakit aku dibuatnya"...
Orang buta 4: "Inilah kebenaranya gajah itu seperti pohon pokok".

Masing-masing berpegang teguh pada pendapat sendiri berdasarkan pengamatan dan pengetahuan yang ada pada mereka sendiri. Ini kerana mereka tidak dapat menerima sesuatu yang tidak mereka ketahui walaupun hakikatnya mereka salah.

Begitulah juga dengan diri kita dan orang lain. Kita kadangkala merasa diri kita betul dan orang lain salah berdasarkan apa yang kita rasa dan fikirkan betul. Mungkin kita tidak buta dari sudut fizikal tetapi buta dalamannya iaitu hati..

Mari kita lihat kembali, adakah selamanya ini kita melakukan perkara yang betul atau sebaliknya? Bersihkanlah hati untuk memperbetulkan diri yang salah dan belajar dari kesilapan..

Wednesday 7 September 2011

Inilah ceritaku...

Assalamualaikum,

Hidup ialah satu perjalanan yang ada jalan dan destinasi yang hendak dituju. Mengharungi sebuah perjalanan pasti akan banyak ceritanya. Ada suka dan ada yang duka. Bercakap soal cerita, lain orang lain pulak ceritanya sebab destinasi sebuah perjalanan adalah sama tetapi yang membezakan hanyalah jalan yang dipilih..

Inilah ceritaku... merupakan satu wacana mengenai persoalan kehidupan yang mungkin berlaku dalam kehidupan kita dan masyarakat. Penulis ingin membawa pembaca berfikir mengenai cerita-cerita yang mungkin pernah pembaca dengar atau alami sendiri namun adakah penghujung ceritanya sama?

Semoga penulisan ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat pembaca semua..Inilah ceritaku..

p/s: Cerita yang anda baca mungkin ada persamaan dengan diri anda tetapi ia mungkin hanya sekadar kebetulan dan anggaplah ia sebagai  sebuah cerita..